CUKUPKAH HANYA SEKADAR ADS (FB ADS/GOOGLE ADS/IG ADS)?
Zaman sekarang, marketing online makin menggila terutamanya di platform MEDIA SOSIAL ini. Usahawan makin berlumba-lumba keluarkan duit terutamanya pada ads. Malahan, sanggup keluarkan sehingga puluhan ribu malah ratus ribu semata-mata jalankan marketing melalui ads berbayar. Anda rasa itu berbaloi tak?
Tahukah anda, apakah perkara paling penting dalam marketing online selain dari membelanjakan wang untuk ads?
Jawapannya ialah content.
Kenapa content? Content ialah tiket untuk memberikan marketing anda lebih berkesan. Bukan ADS semata-mata ya. Zaman guna media social ads SAHAJA sebenarnya dah lapuk. Ramai usahawan tak tahu ini terutamanya yang baru menjejakkan kaki meniaga menggunakan platform ONLINE ini. Mereka banyak dimomokkan keberkesanan ads pada perniagaan mereka.
Benar, ada syarikat yang dah berjaya menjana jutaan ringgit setelah membelanjakan sebahagian wang pada ads. Tapi anda mungkin tak perasan selain dari ads, apa game yang mereka mainkan?
Apakah faktor yang menambah keberkesanan marketing mereka?
Pertama, jika mereka ialah selebriti, atau orang terkenal. Kedua, jika meraka bukan orang terkenal mereka ada content yang sangat banyak. Content ini yang akan menambahkan visibility mereka pada platform fb ini dari semasa ke semasa. Visibility bisnes mereka lebih tinggi dari pesaing kerana content yang mereka hasilkan ialah dengan kekerapan yang banyak. Anda yang mana?
Kita bagi satu contoh, katakanlah di platform fb ini, anda terlihat satu ads berbayar yang lalu pada wall anda, kebetulan itu ialah barang yang anda cari. Apa perkara pertama yang anda akan lakukan? Anda pasti akan klik untuk ‘masuk’ pada page tersebut, kemudian scroll-scroll melihat content-content yang ada pada page tersebut.
What if, content terakhir yang dipost pada page tersebut ialah sebulan yang lalu? Pasti anda akan berasa sedikit ragu kerana, admin tidak kerap membuat posting. Kebanyakkan page seperti ini, pelanggan akan PM dan bertanya sebegini “Masih jual item ini?”, atau “Masih buat servis ini tak?”.
Nampak tak?
Tapi, jika kali terakhir pelanggan lihat posting page anda ialah beberapa minit lalu, atau beberapa jam lalu, soalan mungkin akan berubah begini “Saya berminat dengan servis/barang sis, boleh tahu macam mana nak beli?”
Percaya atau tak, content yang baik boleh kurangkan kos ads anda.
Content yang baik ini apa?
Content yang dipostingkan secara kerap. (lihat rajah yang kami berikan pada posting ini, sedikit panduan untuk kekerapan anda posting pada media social utama)
Nak tahu kenapa?
Kerana CONTENT IS KING, YOUR CLIENT IS CITIZEN, THE CITIZEN NEEDED TRUST FROM THE KING
